Tarikh : 24 Sept 2011 ( Sabtu )
Tempat : Kolej Komuniti, Cawangan Tangga Batu, Klebang Besar, Melaka.
Program ini adalah kerjasama antara kolej ini dengan Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Klebang Besar buat kali pertama. Program ini dihadiri oleh 43 orang murid PMR dan 57 orang murid SPM. Antara aktivitinya ialah ceramah motivasi oleh Ustaz Khairul Che Salleh, dari Qausar Associates yang memberi input pecutan terakhir sebelum PMR & SPM. Selain itu, murid-murid PMR juga mengikuti Bengkel Mengarang oleh Pn Norshin Yeo dari SMK Seri Tanjong dan Teknik Menjawab BM SPM oleh En Roslan Kassim dari SMK Dang Anum. Diharap bahawa murid-murid mendapat manfaat yang semaxima yang mungkin untuk menghadapi PRM & SPM.
No comments:
Post a Comment